Pautan Pantas
 
Pengunjung v1.1
0290602
Hari Ini61
Semalam430
Minggu Ini3236
Bulan Ini8449
Jumlah Pelawat290602
 
 

Laporan Tahunan Perniagaan Francais

Laporan  Tahunan Perniagaan Francais (LTPF) merupakan laporan berhubung perkembangan terkini perniagaan francais. Ianya perlu dikemukakan oleh syarikat francaisor yang berdaftar di bawah Seksyen 6 (a) : Francaisor Tempatan dan Seksyen 6(b) : Pemegang Francais Induk pada setiap tahun. LTPF perlu dikemukakan dalam tempoh enam (6) bulan selepas Tahun Kewangan syarikat berakhir.

Dokumen yang terkandung di dalam Laporan Tahunan Perniagaan Francais adalah :

  • Penyata Kewangan Teraudit bagi Tahun Kewangan Berakhir
  • Pulangan Tahunan (Mengikut  Seksyen 16A Akta Syarikat 1965)
  • Borang BAF 6 (download borang)
  • Lampiran A - Borang Bilangan Francaisi Berdaftar (download Borang)
  • Lampiran B - Borang Profail Francaisi (download borang)
  • Lampiran C -  Borang Maklumat Outlet Francaisor (download borang)
  • Lampiran D - Laporan Kumpulan Wang Promosi (download borang)

Semua dokumen di atas boleh dikemukakan secara emel kepada adminfm@kpdnkk.gov.my atau ke alamat berikut :

Pendaftar Francais
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan
Bahagian Pembangunan Francais
Aras 1, Blok Menara
No. 13 Persiaran Perdana Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62623 W.P. Putrajaya

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-8882 6273 / 6984

 
Tarikh Kemaskini v4.3
Tarikh Kemaskini : 17 Mei 2012 05:05 PM