Pendaftaran Perniagaan Francais
Perniagaan francais di Malaysia dikawal di bawah Akta Francais 1998. Akta ini terpakai bagi penjualan apa-apa francais di seluruh Malaysia. Mengikut Akta, pendaftaran juga perlu dilakukan oleh syarikat yang sebelum ini telah berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri atau MECD.
Penjualan sesuatu francais adalah disifatkan di dalam Malaysia jika:
- Dibuat di dalam Malaysia dan diterima di dalam atau di luar Malaysia
- Dibuat di luar Malaysia dan diterima di dalam Malaysia
- Perniagaan yang difrancaiskan itu dikendalikan atau akan dikendalikan di dalam Malaysia