Piagam Pelanggan Bahagian Pembangunan Francais
| Memberi khidmat nasihat dan perundingan yang mesra, telus dan profesional ke arah mempercepatkan pembangunan usahawan francais dalam tempoh 30 minit. |
| Menyemak dan memproses semua permohonan penyertaan Program Pembangunan Francais yang memenuhi syarat-syarat yang diperlukan dalam tempoh dua puluh (20) hari bekerja. |
| Menyemak dan memproses permohonan pendaftaran francaisor dan pemegang francais induk setelah semua dokumen didapati lengkap dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja. |
| Menyemak dan memproses permohonan pendaftaran francaisi kepada francaisor asing dan broker francais setelah semua dokumen didapati lengkap dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. |
| Memberi maklumbalas terhadap aduan am/generik mengenai perniagaan francais secara bertulis dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. |
| Memberi maklumbalas terhadap aduan khusus/fungsional mengenai perniagaan francais secara bertulis dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja. |
| Memberi jawapan bertulis kepada pertanyaan melalui surat dan faks mengenai program francais dalam tempoh tiga (3) hari bekerja. |
| Memberi jawapan menggunakan e-mail kepada pertanyaan melalui e-mail mengenai program francais dalam tempoh satu (1) hari bekerja. |
| Menjalankan siasatan terhadap aduan yang diterima daripada francaisor atau francaisi dalam tempoh empat puluh lima (45) hari bekerja. |