Pautan Pantas
 
Pengunjung v1.1
0290611
Hari Ini70
Semalam430
Minggu Ini3245
Bulan Ini8458
Jumlah Pelawat290611
 
 

Dana Bantuan Pembangunan Francais

Tujuan Dana

Dana Bantuan Pembangunan Francais bertujuan memberi bantuan kepada pengusaha - pengusaha individu atau syarikat tempatan agar dapat meringankan bebanan, menjadi insentif dan memberi galakan bagi memfrancaiskan produk dan perniagaan tempatan atau luar Negara di Malaysia. Kerajaan tidak memberi bantuan secara penuh kepada pengusaha. Pihak pengusaha perlu juga mengeluarkan modal sendiri bagi memfrancaiskan perniagaan mereka. lni boleh dilihat sebagai satu pelaburan dalam usaha untuk memperbesarkan perniagaan dan menunjukkan komitmen mereka terhadap usaha yang dijalankan.

Bentuk dan Kelayakan Bantuan

Pengeluaran bantuan akan dibuat setelah kesemua fasa-fasa dipenuhi dan mengikut kelayakan seperti yang ditunjukkan dijadual kelayakan bantuan. Pemberi bantuan tersebut adalah berdasarkan pembayaran semula (reimbursement). Semua tuntuan bagi pembayaran semula hendaklah dibuat dengan menyertakan dokumen sokongan yang disahkan.

Kelayakan Permohonan

Syarikat hendaklah berdaftar mengikut keperluan Akta Francais 1998.
Syarikat yang menfrancaiskan produk/perniagaan tempatan atau untuk menjadi francaisi induk.
Syarikat hendaklah menyertai Program Pembangunan Francais(PPF) Kementerian perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Bantuan perniagaan francais yang boleh mendapat bantuan ini hanyalah bagi “business format   franchise”
Syarikat yang mula difrancaiskan di dalam tahun 1996 dan seterusnya sahaja.
Syarikat yang mendaftar dengan Pendaftar Syarikat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Melantik syarikat juruperunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
Syarikat yang tidak melantik juruperunding boleh juga memohon tetapi bantuan ditentukan oleh   Jawatankuasa Pengurusan DBPF.
Hendaklah memohon menggunakan borang permohonan yang ditetapkan.

Halaman: 1  2  3  

 
Tarikh Kemaskini v4.3
Tarikh Kemaskini : 17 Mei 2012 05:05 PM