Pautan Pantas
 
Pengunjung v1.1
0290611
Hari Ini70
Semalam430
Minggu Ini3245
Bulan Ini8458
Jumlah Pelawat290611
 
 

Skim Pembiayaan Francais (SPF)
 
Adakah anda berminat untuk menceburi diri dalam perniagaan francais tetapi kekurangan modal untuk meneruskan cita-cita anda?
Adakah anda memerlukan kemudahan kredit dan jaminan kredit bagi mengembangkan perniagaan francais anda?
 
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Credit Guarantee Corporation (CGC) telah memperkenalkan SKIM PEMBIAYAAN FRANCAIS (SPF), khusus untuk membantu usahawan yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan francais. Melalui skim ini, para usahawan boleh mendapatkan pembiayaan menerusi institusi kewangan tertentu yang mengambil bahagian dalam skim ini.
 
Bank-bank Perdagangan Yang Terlibat

* CIMB Bank Berhad
* Maybank Berhad

Modus Operandi

Peminjam hendaklah berdaftar dengan KPDNKK di bawah Program Pembangunan Francais. Setelah mendapat pengesahan dari KPDNKK, permohonan peminjam boleh dihantar ke institusi kewangan untuk penilaian dan kelulusan. Pihak CGC akan mengeluarkan surat Jaminan untuk permohonan yang lulus.
 
Syarat-syarat Kelayakan:

    * Perniagaan milik warganegara Malaysia atau yang dikawal oleh warganegara Malaysia
    * Perniagaan berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau pihak berkuasa tempatan
    * Nilai aset bersih atau dana pemegang saham tidak melebihi RM 1.5 juta
    * Jumlah pinjaman yang sedia ada tidak melebihi RM 7.5 juta
    * Peminjam hendaklah tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dengan mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan
    * Peminjam hendaklah terlibat secara lansung dan menjalankan perniagaan sepenuh masa
    * Mempunyai lokasi perniagaan yang khusus dan permit / lesen yang sah

Halaman: 1  2  3  

 
Tarikh Kemaskini v4.3
Tarikh Kemaskini : 17 Mei 2012 05:05 PM