UMUM
S1 : Apa itu francais?
Francais bermaksud satu bentuk pemasaran atau pengagihan di mana sebuah syarikat induk memberikan kebenaran, hak atau keistimewaan kepada seseorang individu atau syarikat untuk menjalankan pemiagaan mengikut tatacara yang ditentukan untuk jangkamasa tertentu dan pada lokasi yang ditentukan dalam proses mengedarkan barang atau perkhidmatan yang sedia wujud. Dengan kata lain francais adalah perkongsian pemiagaan di antara pemilik produk dan pelabur. Di mana pemilik produk akan menyediakan produk dan sistem pemiagaan. Manakala pelabur akan menyediakan modal dalam bentuk dana, sumber manusia dan usaha yang berterusan.
S2 : Apakah dia definisi francais mengikut Akta Francais 1998?
Definisi perniagaan francais mengikut tafsiran di bawah Akta Francais 1998 adalah sesebuah pemiagaan yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
i. Pengendalian pemiagaan mengikut sistem yang ditetapkan
ii. Dalam tempoh yang ditetapkan
iii. Hak menggunakan cap I rahsia dagangan dsbnya
iv. Mengenakan kawalan berterusan
v. Tanggungjawab memberi bantuan
vi. Bayaran I apa-apa bentuk balasan
vii. Perniagaan secara berasingan
S3 : Apakah kebaikan pemiagaan francais?
Francaisi:
i. Risiko pemiagaan yang lebih rendah
ii. Peluang memasarkan barangan atau perkhidmatan yang diterima ramai
Faedah ekonomi bidangan:
i. Bimbingan pengurusan perniagaan yang cekap
ii. Khidmat sokongan yang berterusan daripada Francaisor, agensi Kerajaan dan institusi kewangan
Francaisor:
i. Berpeluang meluaskan pemiagaan tanpa penggunaan modal sendiri
ii. Faedah ekonomi bidangan
iii. Pengkongsian risiko
iv. Mengurangkan masalah pengurusan sumber manusia
v. Mendapat maklumbalas pemiagaan yang luas
vi. Lebih tumpuan kepada kerja-kerja Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
S4 : Bagaimana saya hendak menjadi seorang francaisi?
Cara menjadi francaisi adalah seperti berikut
i. Kenalpasti tertebih dahulu produk francais yang sesuai dengan kemampuan dan minat
ii. Dapatkan maklumat terkini terbaru mengenai produk yang dipilih daripada francaisor
iii. Mengadakan kajian untuk mengenalpasti:
a. Kesesuaian lokasi
b. Kesesuaian pasaran
c. Modal perniagaan
d. Pakej francais yang ditawarkan
e. Tahap sokongan francaisor menerusi francaisi sedia ada
iv. Memohon kepada francaisor untuk menjadi francaisi
v. Keputusan permohonan daripada francaisor
vi. Jika terpilih, memulakan perniagaan berdasarkan garis panduan francaisor
S5 : Bagaimana dengan rancangan perniagaan, adakah perlu disediakan bagi memohon menjadi francais?
Keperluan Rancangan Perniagaan RP bergantung kepada kepertuan francaisor. Namun begitu, RP perlu untuk memohon pinjaman dari agensi pembiayaan
Latihan Francais
S1: Apakah jenis latihan yang ditawarkan dan kadar bayaran?
KPDNKK dengan kerjasama MFA menawarkan latihan francais kepada bakal francaisi dan francaisor, francaisi dan francaisor sedia ada dan juruperunding francais. Kadar bayaran adalah berbeza mengikut jenis kursus yang diadakan iaitu di antara RM488.00 hingga RM688.00. Maklumat lanjut, sila hubungi MFA bagi mengetahui jadual kursus, bayaran setiap kursus dan tempat kursus diadakan. Di antara jenis-jenis latihan yang dianjurkan adalah:
i. Kursus Asas Perniagaan Francais Program ini memberi pendedahan mengenai aspek-aspek asas di dalam sistem perniagaan francais dan kaedah-kaedah penilaian daya maju sebagai persediaan mereka untuk menceburi bidang francais
ii. Kursus Susulan dan Bimbingan Bagi Bakal Francaisi Sebagai sebahagiari dari 'Program Match-Making', kursus ini terbuka kepada peserta yang telah menyertai Kursus Asas Perniagaan Francais. Objektif kursus ini adalah untuk membantu bakal-bakal francaisi dalam proses mendapatkan hak francais seperti pembangunan rancangan perniagaan, permohonan untuk menjadi francaisi dan panduan dalam membantu mendapatkan pembiayaan
iii. Program Latihan Bagi Francaisi . Programini disediakanbagi para francaisi yang sedia ada di mana objektif program ini adalah untuk memberi motivasi dan bantuan kepada usahawan dalam meningkatkan operasi perniagaan harian mengikut jadual, keutamaan dan teknik pengurusan secara am
iv. Kursus Pembangunan Bagi Bakal Francaisor Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan para usahawan dengan konsep perniagaan francais dan memperkembangkan peluang perniagaan. la juga memberi kemahiran kepada bakal francaisor mengenai persediaan, kaedah dan prosedur pembangunan perniagaan francais
v. Kursus Pemantapan Francaisor Program ini dibentuk berdasarkan keperluan dan kehendak francaisor. la sebagai persediaan kepada francaisor dalam mewujudkan satu persekitaran pengurusan, perhubungan dan komunikasi yang sihat melalui perkongsian pengalaman di dalam dan di luar negara di antara francaisi, pengguna dan persekitaran lain
vi. Program Pembangunan Perunding Francais Bertujuan melahirkan perunding perniagaan serta broker francais yang berwibawa untuk memberi bimbingan dari segi menyediakan kertas cadangan, merangka konsep, dan membentuk sistem bagi membangunkan sesebuah perniagaan francais di Malaysia
vii. Program Bincang Francais Sebagai forum perbincangan, pertukaran dan pengumpulan maklumat dan pengalaman dikalangan ahli
viii. Seminar Akta Francais 1998 Objektif utama program ini adalah memberi pengetahuan kepada orang awam & para pekerja mahir dalam francais mengenai pentingnya Akta Francais 1998. la juga bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai implikasi penguatkuasaan serta kandungan akta terhadap perniagaan